OSTEOARTRITIS

Apakah itu Osteoartritis?

Proses osteoartritis bermula dengan penghausan tulang rawan pada sendi. Tulang rawan berfungsi sebagai kusyen di antara sendi yang membolehkan sendi bergerak lancar. Ia adalah tisu yang tegap, berfungsi untuk menyerap kesan hentakan semasa bergerak dan bersenam.



Apabila tulang rawan menjadi haus dan nipis, ruang antara sendi menjadi sempit. Ini mengakibatkan hujung tulang bergesel di antara satu sama lain. Geselan tulang ini akan menyebabkan sendi menjadi sakit pembentukan tulang baru di hujung tulang menghasilkan pembengkakan sendi.

Mereka yang telah berumur dan mempunyai berat badan yang berlebihan didapati lebih mudah mendapat OA. Kaum wanita berkecenderungan mendapat OA lebih awal dan lebih teruk daripada kaum lelaki, dan di dalam sesetengah kes, OA mungkin menjejaskan seluruh keluarga.

Sendi-Sendi Yang Terlibat
  • Sendi-sendi jari. - Mengakibatkan bonjolan di sendi-sendi hujung jari. Ia lebih kerap di kalangan kaum wanita yang mempunyai penyakit yang sama di kalangan ahli keluarga.
  • Tulang belakang.
  • Sendi-sendi yang terlibat dalam menampung berat badan seperti sendi pinggul, lutut dan kaki.



Faktor Faktor Risiko Osteoartritis
  • Penuaan. - Osteoartritis jarang berlaku di bawah umur 40an. Penyakit ini lebih kerap di kalangan wanita yang berumur 50 tahun ke atas.
  • Obesiti (kegemukan).
  • Penyakit radang sendi yang lain seperti rheumatoid arthritis dan cjangkitan kuman.
  • Kecederaan sendi.
Tanda-Tanda Osteoartritis
  • Sakit pada sendi apabila digunakan atau digerakkan.
  • Ketidakstabilan pada sendi.
  • Pergerakan dan penggunaan sendi yang terhad.
  • Bengkak sendi.
  • Sendi berbunyi apabila digerakkan.



Dalam kes OA lutut, adalah penting untuk mengurangkan bebanan mekanikal ke atas sendi. Penurunan berat badan sangat perlu jika berat badan pesakit berlebihan dan pengukuhan otot (quadriceps strengthening) juga penting untuk merencatkan perkembangan OA lutut. Mendapatkan bantuan daripada pakar fisioterapi yang boleh memberi nasihat mengenai senaman otot dan alat perlindungan untuk lutut adalah berguna.

Kadang-kadang terdapat banyak cecair di dalam sendi. Bila ini berlaku, ia mungkin membantu pesakit sekiranya cecair itu dikeluarkan serta menyuntik sendi berkenaan dengan agen anti-inflamasi seperti triamcinolone. Suntikan-suntikan lain yang telah digunakan untuk OA lutut ialah yang mengandungi asid hyaluronic, (kaedah ini dipanggil viscosupplementation), sejenis bahan yang dikeluarkan secara semulajadi yang di dapati dalam cecair yang memang ada pada sendi. Viscosupplementation boleh melegakan kesakitan mekanikal berkaitan dengan OA lutut dalam sesetengah pesakit. Bagaimanapun rawatan ini terpaksa diulangi bila perlu kerana kesan baiknya tidak tetap.

Apakah Masalah Yang Mungkin Timbul Akibat Osteoartritis
  • Gangguan fungsi sendi akan mengehadkan pergerakan pesakit. Ini mengakibatkan masalah kurang upaya.
  • Kesulitan dalam melakukan aktiviti harian seperti berjalan, bersila, menaiki tangga, mencangkung dan sebagainya.
  • Hilang upaya untuk menjalani kehidupan harian dan terpaksa bergantung kepada orang lain.
  • Tekanan mental dan kemurungan. 

[ Sumber: http://www.drsendiurat.com/osteoartritis/ ]

~~~~~~~######~~~~~~~

JOINT HEALTH SET




Advanced Joint Health Tablet
(i) menyokong keselesaan sendi
(ii) memelihara tisu penyambung yang sihat
(iii) meningkatkan kesan kusyen



Omega Guard adalah omega3 yang  melambatkan degradasi tulang rawan. ia boleh mengurangkan reaksi keradangan dalam sendi-sendi..jadi ia boleh membantu mengurangkan gejala-gejala dalam penyakit sendi. omeg- juga bertindak sebagai pelincir. ia membantu kita untuk bergerak dengan lebih bebas.Kajian terkini menunjukkan pengambilan asid lemak omega 3 bersama glukosamina dapat meningkatkankesihatan sendi daripada mengambil glukosamina sahaja. 





Ostematrix Kalsium penting untuk kesihatan tulang, otot dan ligamen. Magnesium pula diperlukan untuk mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang dengan mencegah pembentukan kalsium dalam tisu-tisu lembut dan sendi-sendi. Ramai orang mengambil terlalu banyak kalsium tetapi tidak cukup magnesium. Kajian menunjukkan pengambilan kalsium berlebihan bukan sahaja membantu menguatkan tulang-temulang tatapi juga membantu mengurangkan gejala osteoarthritis.


Untuk order or info lanjut boleh laa Whatsapp Reen..

Reen Rafique | 016 2214 776