Jejak Tokyo, Jepun - Persediaan

Travel ke Jepun  - Persediaan

Sebelum kita nak ke mana pon kena laa buat persediaan kan. so ni kakreen nak share apa yang kakreen buat sebelum menanti hari nak ke Jepun.

Passport


Wajib ada passport yang valid untuk ke luar negara.

Semestinya inilah yang paling utama. Make sure awak ada passport yang sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum tarikh tamat tempoh pada tarikh perjalanan ya. If not nnt takut kena tahan tak boleh naik plane pulak..


Sekrg ni passport dah murah..
*RM200 utk 5 tahun
*RM100 utk 5 tahun (kanak2, Warga Emas)
Bolehlah ke mana2 cawangan jabatan imigresen utk buat atau renew ya.

*Bagi passport yang baru ada cip kat depan tu tak perlu apply visa untuk ke jepun. Entry visa akan diberikan pada korang masa sampai di kaunter imigresen airport tokyo nanti.



Tiket Flight
Tiket Flight balik kami.. 

Kalau passport yg paling utama.. Tiket pulak yang paling terpenting.. Bukan boleh nak jalan kaki macam pergi kedai runcit pak ali depan rumah tu..

Bila seeloknya nak beli tiket ni?
Untuk yang nak jimat.. Silalah beli seawal mungkin.. Airsia selalu buat harga promo utk perjalanan setahun akan dtg.. Lepas dah set tarikh awak nak pergi kena rajin2 usha updates di website airasia k.. Ada yang nasib boleh dapat dalam rm1000 je return ticket untuk 2 orang.

Tokyo ada 2 airport tau.. Airasia akan mendarat di Haneda International Airport dan airline lain seperti MAS akan mendarat di Narita International Airport.

**Tapi kalau awak tak kisah belanja lebih untuk harga tiket bolehlah pilih mana2 airline kesukaan hati awk. Naik airline apa pon boleh.. Yang pasti dapat sampai ke destinasi yang dituju..

Sebabkan flight Airasia KUL-HND sampai dalam pukul 10.30pm, bila dah selesai ambil bag dan urusuan imigresen dah tak sempat nak kejar train ke homestay. So kami bermalam di airport je. boleh jimat harga 1 malam di situ. Dont worry airport Haneda sangat selesa.


Penginapan

Bagi yang nak berjimat macam kakreen boleh cari tempat tinggal guna Airbnb.com. yang dari Airbnb.com ni kebanyakannya adalah rumah persendirian yang dijadikan homestay. So almost semua ada kemudahan macam dapur, rice cooker, washing machine, microwave, kettle. Sangat membantu untuk kita berjimat dalam area makanan tau. Sebab kita boleh masak atau panaskan makanan denga mudah.



Untuk dapatkan  RM90 credit Airbnb.com boleh klik link ni dan register ya.. www.airbnb.com/c/reenr7 . Boleh guna untuk korang nak book bilik nanti.. Rugi laa rm90 kalau korang tak guna link ni..

Since kakreen pergi 3 couples n ada 5 org kanak2 kami pilih rumah yang ada 3 bilik. Tapi sebabkan booking dah last minit lebih kurang sebulan sebelum berangkat, so susah nak dapat yang ada 3 bilik di area hot spot. Maka kena laa duduk area luar sikit tapi takde laa jauh sangat pon. area kami tu Machia, yang bestnya pintu masuk train station dekat sangat.

Inilah rupa rumah yang kami dapat tu. Masa kami booking tu dapat rm3600 untuk 10 malam kalau tak salah. so kos untuk1 family dalam rm1200 je. 








Tips: 
  • Cari rumah yang berdekatan dengan dengan train station.
  • Duduk area utama seperti Asakusa, Ueno, Shinjuku, Shibuya.
  • Kalau pergi setakat Hubby, Wife n Anak boleh booking yang macam studio style je.. selalunya lebih murah berbanding dengan yang ada bilik. Kalau pergi ramai especially dengan kawan yang perlu jaga aurah tu better booking yang ada bilik laa kan
  • Pilih homestay yang menyediakan FREE Pocket WiFi. Supaya senang untuk korang gunakan di luar semasa berjalan2.
  • Pilih homestay yang ada lift kalau unit di tingkat atas
  • Dapur sangat penting bagi yang cerewet tentang makan, senang nak masak.


Bekalan Makanan

Makanan ini penting amat sangat laaa lagi2 kalau yang sangat cerewet bab makanan.. boleh je bawak makanan instant macam lauk dan nasi goreng Brahim's tu sebab senang nak panaskan. kalau rajin boleh siap2 masak sambal ikan bilis kering tu boleh makan dengan nasi atau roti kan.. serunding antara yang boleh dibawa sebagai bekalan nasi putih kosong yang dah siap masak ada dijual di kedai seperti Lawson, Family Mart & 7 eleven. Yang tak berapa kesah macam kakreen ni boleh je makan Onigiri n sushi hari2.. Baby ZAR yang masa tu baru 2 tahun pon elok je makan onigiri hari2..






Antara sebab kakreen cakap kena cari homestay yang ada dapur, boleh bawak beras masak nasi n masak lauk.. kat sini seafood macam udang, sotong, ketam, ikan salmon semuanya fresh belaka n murahhhhhh.... malam or pagi sebelum keluar jalan2 tu boleh masak lauk n nasi utk bekalan.. kalau boleh bawak keep warm bag atau thermos so that makanan kekal hangat utk dimakan..


contoh warmer bag yang ada dijual di DAISO.

Bagi yang malas nak berat2 bag and ada bajet cantikk boleh je cari kedai2 halal di japan.. sekarang dah banyak n merata kedai yang kita boleh pergi.. Antaranya kedai Ipin-Ipin di Asakusa, Don Kebab di Ueno kedai2 nasi arab n tempura pon ada tau..


Transport


Kakreen nasihatkan korang study dulu map train JR & Subway sebelum pergi. Sebab train kat jepun ni banyak sangat line dan cabang. Station dia pon berlapis lapis bawah tanah. Kalau dah study tu nanti takde laa pening sangat nak cari arah untuk ke mana2 nanti.

Subway Pass
If korang nak jimat boleh gunakan subway pass:
- Tokyo Subway 24-hour Ticket – Adult: 800 yen, Child: 400 yen
- Tokyo Subway 48-hour Ticket – Adult: 1,200 yen, Child: 600 yen
- Tokyo Subway 72-hour Ticket – Adult: 1,500 yen, Child: 750 yen

Boleh dapatkan Subway Pass di Tourist Info Centre Haneda Airport
Lokasi Tourist Information Centre Sekitar Tokyo

*Pass ini hanya boleh digunakan untuk line subway sahaja tau, untuk JR line kena beli tiket lain.



Suica Card

So kalau korang rasa malas nak tukar2 train boleh guna Suica Card je. Suica Card ni macam Touch n Go, boleh Toupup bila2 masa di kiosk tiket.


Contoh Kiosk Ticket yang korang boleh beli Suica Card


Tokyo Subway Map



Jemput Baca: Jejak Tokyo, Jepun - Facilities di Haneda International Airport




Comments

Popular Posts